Fungsi Sekolah
bar008.gif (1969 bytes)

Sekolah merupakan satu organisasi pendidikan yang memberi didikan menyeluruh kepada golongan warga yang berumur antara 6 - 12 tahun dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berasaskan KBSR dengan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantarnya, melalui perancangan dalam bidang kurikulum, kurikulum, hal-ehwal murid pengurusan am dan kemudahan fizikal dan kecerian

1. Kurikulum
    Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skop sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum di bawah kuasa Kementerian Pendidikan untuk mencapai segala hasrat yang termaktub di dalam falsafah Pendidikan negara untuk menuju ke arah Pendidikan Bertaraf  Dunia

2. Ko-kurikulum
    Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan luar bilik darjah seiring dengan kurikulum untuk membentuk insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, dan intelek serta mencungkil protensi kepimpinan.

3. Hal Ehwal Murid
    Mengurus dan megelolakan aktiviti-aktiviti kebajikan, keselamatan dan kesihatan murid supaya dapat mengikuti aktiviti kurikulum dan ko-lurikulum dengan sempurna dan berkesan

4. Pegurusan AM
    Merancang, mengurus dan mengelolakan kewangan sekolah mengikut tatacara perbendaharaan, perjawatan dan perkhidmatan berdasrkan arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri

5. Fizikal dan Kecerian
    Memastikan sekolah mempunyai prasarana yang lengkap dan berfungsi serta dapat mewujudkan persekiteran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirakan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

กก